Monday 11 March 2013

Trip yang tak serupa trip,,

Hi! Assalamualaikum,,,

Lambat beno mengupdate kan. Alkisahnye, nak update pasal trip ke Tawau baru-baru ni. Pergi ke sana bertujuan nak menghadiri majlis perkahwinan seorang sahabat. Alang da ke sana, sambil menyelam, kita minum ayor le kan..hehe..

Malang tak berbau, ada pulak kes pencerobohan suku sakat kesultanan sulu di Lahad Datu. Pada mulanya, memang la plan nak teroka semua pulau yang best kt sana(Mabul, Sipadan,etc). Kemudian, nak explore bandar Tawau, Pekan semporna & Pekan Kunak yang terkenal dengan Air Terjun Madai yg cantik itu.

Bila dah ade pencerobohan tu, semua plan pun tak menjadi, jangan ke pulau, nak ke Pekan Kunak & Semporna pun tak lepas disebabkan serangan tu berlaku betul-betul berlaku masa kami sampai sana.

Sudahnya, kami hanya berehat-rehat kat dalam bilik hotel jak. Haa,,,,,lupa nak mention,kami adalah melawat satu taman ni, Taman Bukit Tawau. Taman rekreasi tu pada saya agak menarik la. Cuma kalau nk ke sana tu better pakai attire yang bersesuaian, berpakaian sukan. Ini tak, ade ke patut hiking masuk hutan pakai wedges??? Lenguh kaki menahan tergelincir.

Hiking punya hiking, akhirnya kami pun sampaila ke kawasan Pohon Tropika Tertinggi. Lilitan pokok tu memang besar dan tinggi sampai tak nampak pun pucuk pokok tu.

Pokok pangkalnya, trip kali ni lebih kepada perjumpaan dengan kawan-kawan. Tak sangka bila mana sahabat sanggup drive dari Kunak ke Tawau untuk jumpa kawan(padahal takla jauh mane pun, tapi keadaan sangat tak mengizinkan). Thanx kawan. Seronok walaupun sepanjang trip ni duduk dalam ketakutan Dan asyik update info pasal serangan di Lahad Datu & Kg.Simunul,Semporna tu.

Tu je kot yang saya boleh update setakat ni.

Gambar? Sorry, tak banyak di ambil. Ada masa, saya upload. Bye.

Saturday 16 February 2013

Newbie..

Hi there! I'm a newbie in blogging,,I'd love to share my journey around the world. And,,,,Here's the start!! Eseh,,ckp English plak kan, jangan terkejut pulak kalau post saya ni kebanyakannya dalam Bahasa melayu,,see ya,,